Wednesday, May 22, 2013

dia

Kisah dia

Ini kisah dia..kisah cinta..

Aku mengetahui tentang dia lebih kurang sebulan yang lalu..
Ketika itu salah seorang rakan fb telah 'like' gambar dia..
Hati aku tertanya-tanya...kenapa dengan dia..
Dan pada saat itulah aku mula mengetahui kisah dia..mengenali dia..menghayati coretan dia.

Aku sedari aku terlewat mengetahui kisah dia. Setiap coretannya aku hayati dan sesungguhnya aku turut hanyut dengan perasaan sedih..hiba..sehingga aku terasa perasaan yang ditanggung oleh dia..

Betapa sayangnya dia terhadap insan kesayangannya itu..betapa sabarnya dia menjaga insan kesayangannya itu..betapa rindunya dia terhadap kemesraan dia bersama insan kesayangannya itu..

Aku mengambil masa hampir seminggu untuk menghabiskan semua coretannya. Coretan aktiviti harian dia bersama insan tersayang..perkongsian ilmu dunia dan akhirat..gurauannya mampu membuatkan aku tersenyum dalam tangisan dan aku pasti sesiapa yang menghayati coretannya itu turut berkongsi perasaan yang sama..tersenyum dalam tangisan...

Aku ingin mendoakan kesejahteraan insan kesayangannya itu..
Aku ingin mendoakan suatu hari nanti dia akan mendengar suara insan kesayangannya itu..
Aku ingin mendoakan dia dapat menjalani kehidupan berumahtangga seperti biasa bersama insan kesayangannya itu..

Namun begitu..

Jauh sudut hati aku kecewa kerana pada ketika ini..pada saat aku mengetahui kisah dia..insan kesayangannya telah pergi meninggalkan dia selamanya..
Hanya aku termampu mendoakan insan kesayangannya itu sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan di dalam golongan orang yang soleh dan solehah..amin..

Dan untuk dia..aku doakan kesejahteraan, kebahagiaan, kemurahan rezeki sehingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan...

Nukilan

Aku..

Saturday, October 6, 2012

hati yang redha2

          Sesampai sahaja di rumah, masing-masing hanya mendiamkan diri. Aliah terus menghilang di dalam biliknya. Sementara Zarif bersandar di atas sofa selepas mengemas pakaiannya. Baju kotor telah selamat dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sementara menunggu pakaiannya, Zarif berlalu ke ruang tamu. Remote astro ditekan-tekan. Semua cerita yang ditayangkan tidak menetapi citarasanya.

                Zarif menghempaskan badannya di sofa. Dia memandang kosong ke arah rancangan astro yang sedang mengulang tayang rancangan Maharaja Lawak. Lawak dari kumpulan Jozan langsung tidak mencuit hatinya sedangkan sebelum ini dia boleh ketawa berdekah-dekah walaupun hanya menonton seorang diri. “ Kenapa tiba-tiba aku rasa macam tak ada mood je ni..ermm…” keluh Zarif.

                Matanya kemudian beralih memandang ke arah pintu bilik isterinya. Isterinya itu tidak keluar dari bilik sejak tadi. “Marah ke dia..salah ke apa yang aku cakap tadi…” Zarif bersuara perlahan. Dia dalam fasa melakukan perubahan dari kehidupan yang konon-kononnya bujang kepada kehidupan perkahwinan. Semua atas nasihat rakannya Iskandar. Kenangan seminggu lalu terimbau di dalam fikiran Zarif. Kira-kira lagi empat hari dia akan pulang ke kampung isterinya di Muar.

------------

                “Bos ni laporan kewangan yang bos minta tadi. ..” kata Iskandar sejurus masuk ke dalam bilik Zarif.
                
                “Kau apasal pulak ber~bos-bos dengan aku ni..telinga sakit ke..” Zarif berkata selamba. Namun tiada senyuman dibibirnya.
                
               “Aku gurau je..itupun nak sentap…” jawab Iskandar sambil ketawa. Zarif hanya menggelengkan kepala. Laporan kewangan diambil dan diletakkan di tepi meja.
               
                “ Ha baru aku teringat…Rif tadi aku nampak isteri kau kat bustand. Dia nak pergi mana..” tanya Iskandar. Zarif mengerutkan dahinya. “Kau nampak Lia kat bustand..?” tanya Zarif hairan.
                “Ha ye lah..siap beg besar lagi..aku hantar wife aku tadi ”sambung Iskandar. Semalam sudah dimaklumkan kepada Zarif yang dia perlu menghantar isterinya dahulu ke terminal bas sebelum masuk kerja.
                 
Zarif hanya mendiamkan diri.
                
                    “Dia pergi mana” tanya Iskandar lagi.
                
                 “Nak balik kampung tu agaknya..adik ipar aku kahwin ahad ni. Kau lupa ke..” jawab Zarif.
                 
                     “La apasal tak balik saing kau je..”
               
              “Dia pun tak cakap nak balik hari ni..” selamba Zarif menjawab.
              
                  “Biar betul. Habis tu kau balik bila..”
              
                 “ Jumaat”.
              
               Walaupun dia tahu serba sedikit kehidupan sahabatnya itu namun perasaan pelik tetap bersarang dalam hatinya. Takkan tak beritahu langsung kat suami kalau hendak kemana-mana.Hilang macam tu je ke. Kalau isteri aku buat macam tu..mahu aku risau tak sudah. Tapi sahabatnya itu masih berwajah selamba saja.
                
                    “Kau tak rasa apa-apa ke”
                “Nak rasa apa pulak” Zarif meletakkan pennya ke atas meja. Terganggu dengan pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan rakannya.

                "Dia pergi tak beritahu kau apa-apa..kau pergi mana-mana pun tak beritahu dia..kau ke sana..dia ke sini.."

                "Dah memang macam tu aku dengan dia. Dia pun tak kisah…kan kau pun tahu aku hidup macamana dengan dia."

             "Ye lah aku tahu. Tapi kau kene ingat isteri tu tanggungjawab suami.." sambung Iskandar lagi.

                       "Jangan sebut pasal tanggungjawab kat sini okey..” pantas Zarif membalas.

                “Awal-awal aku dah cakap..aku boleh kahwin tapi kehidupan aku berjalan seperti biasa. Aktiviti yang selalu buat aku masih boleh buat. Aku nak seronok. Kau pun tahu tu semuakan…” serius muka Zarif menentang muka Iskandar.

                “Memang aku tahu. Tapi sampai bila kau nak seronok..hidup macam orang bujang..ke sana ke mari tiada siapa yang larang. Tiada siapa bertanya. Aku tahu kau tak pergi clubbing, tak main perempuan, tak rokok, tak minum..tapi dalam masa yang sama kau tak mahu pikul tanggungjawab. Kau sudah berkahwin. Kau seronok..hu ha hu ha sana sini pastu habis macam tu je..” Iskandar bercakap sambil memandang wajah Zarif yang sedang merenung wajahnya. Sebagai sahabat dia perlu sedarkan sahabatnya itu. 

                “Hidup seronok sekejap je..habis kerja nak hilangkan penat kau pergi main golf, pergi memancing..pergi main tenis..pastu balik kau tidur. Esok kau bangun pergi kerja, lepas balik kerja kau buat lagi aktiviti yang kau suka..ulang-ulang setiap hari..kau rasa enjoy je..tiada sesiapa yang kacau..”

                Kemudian Iskandar bangun dan bergerak ke jendela pejabat bosnya itu. Dia memandang keluar. Suasana hening seketika. Zarif hanya mendiamkan diri di kerusinya.

                “Hidup bahagia pula pada aku perasaan happy yang berpanjangan..berterusan la orang kata..habis kerja kau balik rumah. Jumpa isteri, tengok muka anak-anak..hilang segala penat, stress.. kau penat macamana pun kalau kau tengok je diorang, automatik hilang semua masalah. Hati kau sentiasa tersenyum..bukan kat wajah je kita tersenyum…Kalau ada masalah pun aku gerenti kita boleh selesaikan dengan cara yang tenang…panjang pulak celoteh aku hari ni..macam bagi ceramah kat tv Al-Hijrah..” kata Iskandar sambil tersenyum.

                “Okey bro..aku ada kerja lagi..sori bos..aku buang masa kerja..minta dihalalkan..” Iskandar tergelak sendiri dengan kata-katanya.

                “No hal la bro..thanks untuk ‘ceramah’ kau tadi..” Zarif hanya tersenyum.

               Iskandar bergerak ke pintu. Sebelum menutup pintu pejabat, Iskandar menjengulkan kepalanya.. “Ingat apa aku cakap tadi. Kau pilih..nak seronok ke..nak bahagia..semua keputusan kat tangan kau..semoga kau membuat pilihan yang bijak..” sempat Iskandar mengenyitkan mata sebelum menutup pintu pejabat itu. 

---------------

                Lamunan Zarif tersentak apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka dari dalam. Segera matanya memandang kea rah pintu bilik itu. Isterinya keluar dari bilik dengan tuala mandi di atas kepala. Zarif hanya merenung isterinya sehingga hilang dari pandangan.

                “Mulai sekarang aku akan mencari bahagia…”. Disebabkan itu, Zarif telah mengambil tindakan drastik dengan menurut isterinya pulang ke kampung pada malam yang sama. Dia tidak pulang ke kampung pada hari Jumaat seperti yang telah dirancang.
               
                Panggilan untuk dirinya pun turut diubah. Walaupun semua memanggil dia Abang tetapi dengan isterinya dia tetap membahasakan dirinya ‘saya’.  Dia mula membahasakan dirinya Abang ketika di kampung tetapi mungkin isterinya itu tidak perasan kerana panggilan itu kedengaran biasa sementelah semua ahli keluarga memanggil dirinya dengan panggilan ‘Abang’. Mungkin panggilan itu perlu ditukar kepada panggilan manja yang lain supaya nampak lebih istimewa. Zarif tersenyum sendiri.

                Zarif pergi ke dapur dan berdiri di pintu masuk dapur. Lama dia berdiri memerhati isterinya. Isterinya sedang sibuk membancuh air milo tanpa menyedari diri sedang diperhatikan. Perlahan Zarif melangkah mendekati isterinya. Tangannya mencapai hujung tuala yang menutupi kepala isterinya seraya menarik tuala tersebut.
                “Awak ni kenapa..!” Aliah terperanjat apabila secara tiba-tiba Zarif ada di belakangnya dan dengan selamba menarik kain tuala yang menutupi kepalanya itu.

                “Bancuhkan untuk Abang sekali..terima kasih Lia..” suara Zarif kedengaran begitu hampir dibelakangnya. Zarif keluar dari ruangan dapur dengan tuala ditangannya. Selamba. 

                “Memang dah tak betul la dia ni..” gumam Aliah.
             
            Aliah memegang kepalanya yang tidak ditutupi sebarang kain. Rambutnya yang lurus sudah menjadi kusut masai dibiarkan. 
       
                 “Ah lantaklah bukan dia teruja pun tengok aku..”

                Aliah membancuh secawan lagi milo. Milonya yang telah siap diletakkan di atas meja dapur. Kemudian milo yang dibancuh untuk suaminya di bawa ke ruang tamu. Selepas meletakkan air milo di atas meja, tangannya mencapai tuala yang telah diambil suaminya tadi.

                Tapi dengan pantas Zarif menarik semula tuala tersebut. Mata Zarif tajam memandang ke arah Aliah. Lama. Sesuatu kerugian yang besar dalam hidupnya sekiranya mata dialihkan ke arah lain. Enam bulan berkahwin baru ini dia dapat melihat rupa isterinya sebenar. Memang suatu kerugian yang amat. Desis hatinya.

                “Kenapa tengok macam tu sekali..”

                “Comel..”

          “Saya memang comel..” selamba Aliah membalas dan menarik semula tuala di tangan Zarif. Aliah berlalu semula ke ruangan dapur untuk menghabiskan minumannya. Cepat minum cepat dia masuk bilik. Macam tak selamat je dia rasa. Saja dia jawab dengan selamba walaupun dalam hati berdebar bukan main.

                Seketika Zarif masuk ke dapur sambil membawa mugnya. Mug diletakkan di dalam sinki. Kemudian Zarif menghampiri isterinya yang leka menghadap minuman. Perlahan dia menarik sekali lagi tuala di kepala isterinya. Aliah tersentak.

                “Abang masuk tidur dulu..Lia jangan tidur lewat sangat..” lembut suara Zarif di telinga isterinya. 

                Kenapa pulak la dia ni. Tak pernah macam ni. Nak tidur, tidur je lah… Aliah mendiamkan diri. Tidak bergerak. Tiba-tiba terasa ciuman lembut dari Zarif di telinga dan kemudian beralih di kepalanya. Ok wahai suamiku Encik Zarif malam ni awak memang dah terlebih dos kasih sayang..!!!

Bersambung ^.^

Friday, October 5, 2012

hati yang redha

                Alia memandang wajah lelaki yang sedang berborak dengan orang kampung yang menghadiri majlis perkahwinan adiknya Maria yang lebih mesra dipanggil Kak Chik dikalangan keluarga mereka. Alam terasa sunyi. Alia terasa hanya dia dan lelaki itu sahaja yang berada di majlis perkahwinan itu.. Lelaki itu leka dan langsung tidak perasan yang dia sedang diperhatikan. Seketika dia menarik nafas panjang.


     “Hai Kak Long mengeluh nampak..” tanya Kamal, adiknya yang bongsu. Kamal sedang bercuti semester selama sebulan. Minggu depan adiknya itu akan kembali ke kampus.
                

       “Adik..tak ada apalah. Kak Long penat sikitla…” kata Alia sambil tersenyum. Sambil itu matanya melirik ke arah lelaki yang sedang duduk di bawah khemah.
               

      “Penat tengok Abang Long ke. Dari tadi adik tengok mata Kak Long asyik pandang ke sana je..” sakat adiknya lagi. Alia tersenyum mendengar kata-kata adiknya.
               

        “Seronokkan dik kalau kita kahwin dengan orang yang sayang kita, kita sayang orang tu..macam Kak Chik tu..happy je Kak Long tengok..” Mata Alia beralih ke pasangan pengantin baru yang sedang beramah mesra dengan para jemputan.
                

     “Allah datangkan jodoh dengan pelbagai cara Kak Long. Mungkin Kak Long dengan cara tu..Kak Chik dengan cara ni..mungkin apa yang Kak Long lalui ni tak sama dengan Kak Chik. Tapi mana tahu akan datang Kak Long pun akan bahagia macam mak dan ayah kita tu..” kata Kamal sambil menunjuk ke arah ibubapa mereka yang sedang rancak berborak dengan Pak Ude merangkap adik kepada ibu mereka. Alia hanya tersenyum memandang ke arah mereka.
                

       “Apa saja yang diborakkan dua beradik ni..” sapa Makcik Kiah, jiran mereka yang banyak membantu dalam menjalankan majlis perkahwinan ini.
               

          “Tak ada apa Cik Kiah. Saja borak kosong dengan si Kamal ni..” Aliah menjawab sambil tersenyum.
                

         “Kak Long dah lepas..Kak Chik pun dah lepas..lepas ni awak pula la Kamal. Jangan lambat-lambat Cik Kiah ni dah selalu sakit badan”
                

       “ Ish Cik Kiah ni Kamal belajar lagi. Tak nakla kahwin dulu. Nak bagi anak orang makan apa..” kata Kamal sambil ketawa kecil.
                

        “Alah Cik Kiah main-main je. Habiskan belajar dulu baru kahwin. Hah..Aliah kamu balik Johor bila..” Tanya Makcik Kiah ramah.
                

            “Malam nanti Cik Kiah. Zarif kerja esok. Dia tak dapat cuti”.
               

              “Lah kesian mak ayah kamu nak kemas ni semua..” kata Makcik Kiah lagi.
                

     “Tak apa Cik Kiah..Kamal ada..boleh tolong kemas..Abang Long banyak keje tu agaknya..tak dapat cuti..” Kamal menjawab bagi pihak kakaknya itu. Dia memahami situasi kakak sulungnya itu yang terpaksa menghormati abang iparnya.
____________________________________________
                 

           Aliah mengangkat beg-begnya masuk ke dalam bonet kereta Zarif.  Zarif turut memasukkan makanan lebih dari kenduri sebagai bekalan untuk mereka balik ke Johor. Beg pakaiannya telah tersusun lebih awal di dalam bonet kereta.
                

           “ Mak, Kak Long balik dulu. Esok-esok Kak Long balik lagi..” Aliah memeluk badan ibunya erat.
                 

              Kemudian Aliah bersalaman dengan ayahnya. Zarif turut bersalaman dengan kedua ibu bapanya. Berat hatinya hendak pulang ke Johor melihat keadaan rumahnya yang masih berselerak. Tapi apakan daya. Suaminya tidak membenarkan dia tinggal untuk sehari dua lagi. Malas dia mahu bertelagah dengan suaminya yang agak keras kepala.
               

             “Jom..” Zarif mencuit bahu Aliah.             
                 

             Mereka beriringan pergi ke kereta. Aliah melambai ke arah keluarga yang setia menghantar mereka pulang. Sayu hatinya melihat ahli keluarga yang masih berkumpul. Masing-masing akan pulang pada keesokkan hari. Dia sahaja yang terpaksa  pulang malam ini walaupun dia turut bercuti pada hari esok.
                 

        Aliah mendiamkan diri di dalam kereta. Hampir satu jam perjalanan mereka. Bosan. Itu yang dirasakan sekarang. Aliah memejamkan mata. Begitulah keadaan mereka berdua. Tiada gurau senda seperti pasangan yang lain. Mereka hanya bercakap perkara penting sahaja. Di dalam kepala Aliah berfikir hendak pulang ke kampung semula. Esok apa kata aku naik kerja. Lepas tu aku cuti dua hari. Khamis mula cuti, hari Rabu dah boleh balik. Aliah tersenyum sendiri.
                 

              Zarif yang sedang memandu sekali sekala menoleh ke arah isterinya. Dia mengerutkan dahi. Dah kenapa senyum sorang-sorang pulak tu. Hatinya berdetik. Sekali lagi Zarif menoleh ke arah isterinya bila tiba-tiba isterinya membuka mata dan mencari sesuatu di dalam handbag.
          

       Zarif hanya memerhati sekilas pandang apabila isterinya mendail nombor seseorang.
               

      “Assalamualaikum mak..Kak Long ni..” senyuman meleret di bibir Aliah..”Erm..Kak Long kat highway lagi. Tak tahu dah sampai mana..” sambung Aliah lagi sambil ketawa. Zarif hanya mendengar sambil serius memandu.
               

        “Mak..hari Rabu petang lepas Kak Long balik kerja, Kak Long balik kampung semula ya mak..”
                 

          Zarif yang sedang memandu terus memandang tajam ke arah Aliah. Dia mengerutkan keningnya. Mukanya dipalingkan semula ke hadapan. Dia hanya mendengar celoteh isterinya yang merancang untuk pulang ke kampung semula.
                 

              Aliah memutuskan talian sambil tersenyum. Lega hatinya. Sempat dia berpesan kepada ibunya supaya jangan kerja kuat sangat. Dan dia telah berjanji dengan ibunya untuk tolong mengemas apabila pulang ke kampung nanti.
                

          “ Siapa izinkan awak balik kampung..” suara Zarif perlahan tetapi tegas. Matanya masih merenung ke hadapan. Gaya fokus memandu.
                 

             “Erk..kenapa..” Aliah memandang ke arah suaminya dengan pandangan hairan.
                

       “ Ada abang izinkan Lia balik kampung ke..Tak ada kan..” suara itu masih serius.
                 

                Aliah terdiam. Dah kenapa perlu mintak izin pula. Dulu tak kisah apa pun. Aku nak ke mana sekalipun dia tidak ambil tahu. Aku dengan hidup aku..dia dengan hidup dia. Selama hampir 6 bulan berkahwin mereka membawa haluan masing-masing.
                

          Berkahwin atas pilihan keluarga. Namun Aliah tersalah tingkah. Dia sangka lelaki ini turut redha dengan jodoh ini. Rupa-rupanya lelaki ini didesak oleh keluarga memandangkan usia lelaki yang sudah menjangkau 34 tahun. Lelaki ini hanya tertumpu pada kerjayanya sahaja. Dia hidup seperti orang bujang.
                 
    
         Pernah Aliah terdengar apabila ibu mertuanya menegur suaminya yang tidak berubah walaupun sudah berumahtangga. Pulang lewat. Sibuk dengan kerja. Malam minggu keluar dengan kawan sehingga lewat malam. Lelaki itu hanya menjawab..” Mama dah suruh Abang kahwin..Abang dah kahwin. Apa lagi yang mama tak puas hati…kan Abang dah cakap, Abang boleh kahwin tapi tak siapa boleh kacau hidup Abang. Abang nak hidup macam biasa. Abang nak buat apa yang abang buat masa belum kahwin..”
                 

               Itu yang dia dengar. Dan dia faham kenapa lelaki itu tidak pernah ambil tahu hal dirinya. Sejak itu dia tidak ambil tahu hal lelaki itu. Kalau ada masalah pun dia tidak mencari lelaki itu. Dia lebih rela menghubungi rakan sepejabatnya untuk meminta pertolongan.
               
               “Perlu minta izin ke..”tanya Aliah perlahan.
                 

              “Mestilah…habis Abang ni apa..tunggul ke..” jawab Zatif tinggi.
                 

       Aliah memandang ke luar tingkap. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak faham dengan keadaan suaminya yang tiba-tiba berubah.
                 

         “Lia jangan sekali-kali nak rancang apa-apa tanpa pengetahuan abang…pandai dia je nak balik kampung sendiri-sendiri..” tegas suara suaminya.

bersambung....